Thursday, January 22, 2009

sh0rt BUT so0o0o m34n1NgFuL!


Pendek jer statement ni..tapi banyak makna dlm diri kita.

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Wednesday, January 21, 2009

t3LL m3 why?!

kenape ek tetiba sy tulis pasal cinta2 nie... hukhukhuk...why? naper ek?

may b sebab beberapa hari nie, saya asyik dengar problem org yg bercinta...:(.. cian diaorg..
yang sorang nie parents x berapa restu dia nyer relationship... huhuhu:(.. then, lagi sorang nie parents dh restu dh.. tp yang bf dia plak x sedia lg.. hukhukhuk...:( ..

tu la dia penangan cinta ..sedey, suka, cemburu,marah, sayang, ...semua ader dlm c.i.n.t.a..... naper ek? saya juz leh tlg bg nasihat jer, tu pun rs cm x layak je nk bg nasihat coz sy bukan nyer doktor cinta... saya pun mcm diaorg, pesakit cinta... hukhukhuk...

ish! apesal cbok ckp pasal cinta nie, padahal org diluar sana mcm2 lg big problem.. e.g- peperangan dia GAZA.. lagi menderita...

dh laa... mls nk citer, mmg x dinafikan cinta mmg penting.. cinta pd parents, family, someone special (sapelah yg bertuah tu..*0*) , kengkawan, sedara,kucing, bunga, makanan(hehehe)... semua laa but the most important & greaful love is ALLAH... apa2 pun, niat kita mencintai sesrg tue adalah kerana ALLAH, insyaAllah akan berkekalan... Amin!

to the person who hv love prob, juz strong ur self & alwayz remember there will have other person who love you more than urself in dis world.. take care!

c1nt4 t4k p3rn4h m3m1nt4_5

Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia.

Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa. Setiap orang punya rasa cinta. Tapi tak semua orang dapat merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta. Tapi tak semua mampu mengecapi bahagia.

Keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas perbuatan kita. Keikhlasan dalam bercinta bererti tidak mengharapkan balasan cinta atas kasih yang kita curahkan padanya. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

Ketika sebuah cinta mengungkapkan suatu kejujuran, dia tidak akan berbohong. Tidak akan ada sebuah konspirasi untuk mendahulukan sebuah nafsu untuk memiliki. Tidak akan ada sebuah harapan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan. Tetapi hanya akan mendambakan untuk bisa mendapatkan kesempatan untuk memberikan sesuatu yang lebih berharga.

Cinta laki-laki seumpama gunung, ia besar tapi konstan dan (sayangnya) rentan, ada waktu ia meletus memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang ditemuinya. Cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam-diam dan terus menerus bertambah. Jika dipotong, ia tumbuh dan tumbuh lagi.

Manusia tidak jatuh ‘ke dalam’ cinta, dan tidak juga keluar ‘dari cinta’. Tapi manusia tumbuh dan besar dalam cinta. Cinta yang wujud dalam sebuah tindakan agung :

“Memaafkan”. Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta. Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung. “Aku mencintaimu”, sukarkah untuk dilafazkan?

Tidak ada cinta yang tidak cemburu -Pepatah Perancis

Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.

p/s: diambil dari website PPD Jasin

c1nt4 t4k p3rn4h m3m1nt4_4


Cinta umpama bunga di taman yang sedang mekar, hiasilah, jagalah taman kamu untuk kelihatan cantik dan ceria dan seandainya kamu tidak berbuat demikian, layulah bunga di taman dan rosaklah cinta yang sejati.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu, dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Cinta itu membuatkan kamu gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah. Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat.

Apa pun cinta itu buta. Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri. Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir

Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri. Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam.

Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim

p/s: di ambil dari website PPD Jasin

c1nt4 t4k p3rn4h m3m1nt4_3


Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu

Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya. Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.

p/s: diambil dari website PPD JAsin

c1nt4 t4k p3rn4h m3m1nt4_2


Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa.

Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair.

Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta.

Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama. Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

p/s: diambil dr website PPD Jasin

c1nt4 t4k p3rn4h m3m1nt4_1


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. ~ Mahatma Ghandi



Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.



Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”



Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.



Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.



Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.



Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.



Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.



Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.



Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.



Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka



Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.



p/s: diambil dr website PPD jasin

Wednesday, January 14, 2009

p4L3st14n.. g4z4..p4L3st14n...g4z4..


salam...

pejam celik.. pejam celik.. dh dekat dua minggu lebih kita di tahun baru hijrah & masihi.... dan sepanjang itu juga lah inbox email sy dipenuhi dengan email2 yang berbaur KEKEJAMAN ZIONIS ISRAEL keatas umat Islam di Palestin, Gaza...


‘La ilaha illa anta, subhanaka, inni kuntu minaz-zalimin'

{ There is no God but You; Glory be to You,
Truly I have been one of the wrongdoers }
[Surah al-Anbiyah, 21: 87]


Apa yang kita mampu lakukan adalah berdoa kepada Allah agar umat Islam di Palestin diberikan kekuatan untuk menempuh semua ini. Besides that, kita blh juga serang Amerika dalam senyap dengan memboikot barangan2 Amerika... mungkin itu cum 0.01% tapi jika kita bersama2 melakukannyer insyaAllah akan berjaya melumpuhkan ekonomi Amerika yang selama ini menjadi tali barut Israel laknatullah!

Kempen boikot barangan Amerika dan Israel adalah agenda penting dalam konteks roh perjuangan umat Islam di Palestin.

Jika boikot tidak penting, ulama tidak akan berbincang dan memberikan fatwa mengenainya. Contohnya, di Islam online terdapat 20 soalan dan jawapan daripada pelbagai ulama mengenai perlunya memboikot barangan Israel dan penyokong Israel. http://www.islamonline.net/English/index.shtml

Jika ianya satu perkara yang remeh, Sheikh Yusuf alQardhawi tidak akan memberikan fatwa beliau yang jelas dan tegas :

Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine . For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression.“
- 20 Muharram 1423 AH 4 April 2002 (
http://www.inminds.co.uk/)

Di Islam Online tertera fatwa Dr. As-Sayed Nuh, Profesor di Universiti Kuwait:

“We should differentiate between what we call Daruriyyat or necessary needs, and Tahsiniyyat or luxuries.

If the products that Muslims tend to buy are from the second category (i.e. they are Tahsiniyyat), then it is better to forgo them irrespective of whether those products are American, European or even national products.

However, if some Muslims find themselves weak and have strong desires to buy goods belonging to Tahsiniyyat category, then they should not buy from those who support the Jews and Zionists who occupy Palestine and kill the innocents, demolish houses, plunder money, violate the honor of people and profane the sanctity of sacred places in an attempt to bring the progress of the Muslim Ummah to a virtual standstill. It is well known that America plays the greater role in supporting those Jews and Zionists.”

Pada pandangan saya, kita tidak boleh melonggokkan semua syarikat Amerika dalam satu kategori. Ada syarikat Amerika yang tidak menyokong Israel dan ada juga syarikat bukan Amerika yang kuat dan terang-terangan menyokong Israel . Dalam konteks ini misalnya, McDonalds dan Starbucks tidak boleh disamakan dengan KFC dan Pizza Hut. Ini kerana McDonalds, Coca-cola dan Starbucks telah terbukti melalui dokumen sahih terlibat menyokong, menyumbang dan bersimpati dengan negara zionis Israel.

Syarikat Sara Lee pula yang mengedarkan produk Brylcreem, Ambipur, Ridsect dan Kiwi juga terbukti menyokong Israel seperti tertera di dalam website mereka. Website Boycott Israel, http://www.inminds.co.uk/ banyak memberikan bukti rujukan penglibatan pelbagai syarikat lain dengan Israel. Misalnya Nestle yang melabur di Israel, lihat ni (http://www.flex-news-food.com/console/PageViewer.aspx?page=21216&str=Israel%20Nestle

Tidak semua syarikat mengisytiharkan penglibatan mereka membantu Israel tetapi jika Israel sendiri mengaku sumbangan mereka, seperti memberikan anugerah atau pengiktirafan seperti dibuktikan oleh website Boycott Israel, perlukah kita mencari alasan untuk terus bermuamalah dengan mereka?

Syarikat-syarikat ini jelas mesti diboikot. Kita mesti merasa tidak berselera, tidak selesa bermuamalah membeli produk syarikat tersebut, seperti kata Sheikh Yusuf Qardhawi, “Setiap riyal, dirham...dsbnya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akhirnya menjadi peluru yang akan menembusi jantung saudara-saudara dan anak-anak kita di Palestin“.

Bagi syarikat Amerika lain, contohnya KFC & Pizza Hut, kita tidak mempunyai bukti kukuh bahawa mereka menyokong atau bersimpati dengan pendudukan haram Israel di bumi Palestin, keperluan boikotnya tidaklah seberat syarikat-syarikat di atas. Walaubagaimanapun, oleh kerana mereka adalah syarikat dan icon/simbol kebudayaan Amerika yang kerajaannya merupakan penyokong kuat Israel, maka menurut Dr. Monzer Kahf, “They are American cultural symbols that are included in the declaration of boycott more than anything else. (Islam online).

Perlu juga dijelaskan bahawa samada boikot mungkin berkesan atau tidak memberi kesan kepada syarikat berkenaan adalah soal kedua; yakni kita tidak perlu bertanya” kenapa kita perlu boikot jika ianya tidak berkesan?”.

Yang penting, boikot ini ialah untuk kita sendiri. Kita mahukan dhamir (conscience) kita tenteram bahawa kita tidak langsung memberi saham kepada penjajahan bumi Palestin, tidak memberi sumbangan kepada titisan darah dan airmata anak-anak Palestin, tidak redha bersekongkol dengan usaha memusnahkan Masjidil-Aqsa, walaupun peratusnya hanya 0.001% dari wang yang kita belanjakan!

Kesimpulan, cadangan keutamaan kempen:
Priority 1: Mesti boikot, jangan sentuh: Syarikat yang jelas sokong/menyumbang kepada Israel: Mcdonalds, Starbucks, Coca cola

Priority 2: Kalau boleh boikot juga, syarikat yang melabur di Israel (maknanya mengiktiraf pendudukan haram Israel di tanah-air kita): Nestle, Nokia,

Priority 3: Buy American Last: Semua syarikat Amerika yang lainBanyak alternatif lain bagi barangan, produk dan servis yang diperlukan.

dr email DR. Omar Yaacob

k3s3d1h4n! k3m4t14n!

kring! kring! ... kring! kring!...

ibu angkat fon.. mokteh col rupanyer.. bagitau mak ndak x sihat... memang dia dh beberapa bulan x sihat disebabkan paru2 kotor.. tapi kali nie, dia dah tenat.. ibu dh x dapat nak tahan sebak, menangis sedih...

esoknye(isnin-12.1.09), pegi ampang lawat mak ndak.. memang dh tenat.. waktu kami tiba, mak ndak memang dh x sedarkan diri.. hanya terlantar di atas tilam.. malam sebelum tue, mak ndak pesan kat anak2 dia, dia nak jumpa ngan adik beradik dia ( ibu, mokteh, makcik, maklong, ngan busu). hampir dua jam kat situ, mak ndak stil x sedarkan diri.. kami nak bawa balik jer mak ndak ke kg.. tp family dia x bagi atas sebab2 tertentu. so, kami decide tuk balik jer..

then, malam tue, kul 11 mlm kot, mokteh tipon lg.. cakap mak ndak dh meninggal.. dh meninggalkan kami .. ibu sedih, sebak... lagi sorang adik nya pergi.. kami redha.. impian mak ndak nk jumpa adik beradik sebelum meninggal dh termakbul. tapi kami tetap sedih sebab jumpa dia dalam keadaan dia x sedar diri. x dapat nak bercakap lagi..

kini, semua telah selamat. hanya al-fatihah dan doa disedekahkan kepada arwah mak ndak yang tercinta.. semoga roh nyer di tempatkan di dalam golongan orang2 yang beriman. semoga anak-anak beliau a.k.a sepupu aku , tabah dan redha menghadapi hari2 yang mendatang.

AL-FATIHAH...^_^

$1gns Th4t u R 4 80's B4by!

You grew up watching G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, SilverHawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget NinjaTurtles, Mask, Gaban, Smurfs and Voltron too.

You grew up brushing your teeth with a mug in primary school after recess time.
You squatted by a drain with all your classmates beside you, and brushed your teeth with a colourful mug.

Remember the days when the school nurse, comes with a list for the dentist appointment, the sound of the drilling when your friend has a fill in his tooth.

You remember the packets of milk we get in primary school to encourage us to drink more milk. (It is only cost 30 cent per pack)

During primary school days, the teacher will punish you using a ruler to hit your palm.

A bowl of noodles soup cost only 30cent in primary school days.

When you were in primary school, girls like to go to the bookshop to buy cute stuff such as animal erasers, various shape sharpeners, colourful notebook etc.

In secondary school days, you buy the Bata BM Turbo or Pallas Jazz school shoes.Some guys like to wear those china made ankle high shoes.Some even like to wear those very thick socks with their school shoes.

Internet? E-mail? What the hell is that?So you thought a decade or more ago, your friends don't have pagers orhandphones in school.CDs? What's that? Cassette tapes were the norm. Movie tickets used tocost less than $5 last time.

The goodies from Mama shop used to be Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO,O-Ya, Ding Dang chocolate balls with toys in the box, colourful hard"egg", "cigerette" bubble gum, KIKI Bubble Gum, pink bottle of bubbles
a small tubes with yellow sticks to blow "more lasting" bubbles thatyou can pop more air in or slam it on.

You never forget 'Ti Kam'.When exams are over, the board games (e.g Monopoly, Donkey,Transportation Comparison Card, ) girls play batu seremban, zero point(yang main lompat2 kat getah yang disambung panjang) & held video games will be all overthe class room.

Your favourite sound is the bell!For it's the homemade ice cream man. The cream that tops Haagan Dazs!And the other peddler you love is the old lady who sells juicy Muah Chee and thick olden syrup rolled in a balloon the tip of a chopstick stick.

Another bell is the recess bell, a time to get away from school work andto eat.Another time when there is no bell but all guys will anxiously wait forit...

The PJ (Pendidikan Jasmani), PE time (time for football)Your favourite childhood games were playing "gu li"(marbles), five stones, five bottle cover, zero-point, catching, "Pepsi-Cola one two three" and/or "Police & Sentry"!

The best thirst quencher of all times is the yummy colourful ice tubes you can buy from provision shops for only 10 cent. To eat them, break the tab and suck while holding the freezing tube!

All gals have a girl doll/strawberry shortcake/my little pony/pound puppy, while all boys have a soldiers figurine (combat) or a rubber band catapult that shoots folded paper!

Once was the era whereby ice-cream sticks were valueable items, thencame the paper aircrafts, chalk fights.Some boys made their own guns from wood, and used 'Bacali' as the bullets.

Let's see, the majority of students in universities today were born in1987 / 88.... They are called "youth".For them, they have never heard of the song "We are the World, we arethe Children..." And the "Uptown Girl" they know is by 'West Life'but not 'Billy Joel'.For them, there have always been only one Germany and only one Vietnam.AIDS exists since they were born.CD exists since they were born.Michael Jackson is already whitened.John Travolta is always round in shape and they can't imagine how thisfat guy could be a god of dance.They believe that Spiderman and Incredible Hulk are just new films.They can never imagine a black and white screen for a computer.They never know what is Atari or 'Game & Watch'.They can't believe a black and white television ever existed and theydon't even know how to switch on a TV without a remote control.And they never understand how we can go out without a mobile phone whenwe were in university...

Let's check if we're getting old...
1. You understand what was written above and you smile.
2. Most of your secondary school friends are getting married.
3. You are always surprised to see small children playing comfortablywith computer.
4. When you see teenagers with mobile phones, you shake your head.
5. You spend less and less time talking on phone with your friends daily.
6. When you meet your old friends from time to time, talking about thegood old days, repeating again and again all funny stories you experienced together.
7. Lastly, having read this , you are thinking of forwarding it tosome other old friends. You think they will like it too.....Hahaha!.... Yes! We are getting old too...........

Brings back old memories huh?
Cheers to the 80s BAB1ES!!!

Saturday, January 10, 2009

T1p m3ng3n4l d1r1 s3nd1r1 !

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah..
1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour
Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti : 2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua 2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi 1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin
Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..
selamt mencuba...
{{**sh4y3 ny3r no. 9 ( yg n13 cm x c4y3 l44..h3h3h3) 5, 5**}}

R4h$14 tul1s4n m3nuRut DR. FADHILAH KAMSAH

Dr Fadhilah Kamsah memang rajin buat kajian, even tulisan yang kita tulis pun beliau boley kaji...peh! tabik spring (toing! toing!) laa ngan beliau.. kita tengok maksud tersirat tulisan kiter yer... :)
Pertama
Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua
Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga
Kecondongan
i. Condong ke kanan Extrovert,
suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurahii.

ii. Condong ke kiri Introvert,
suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak Systematic,
mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam oarng perempuan datang bulan (maaf)
Keempat
Kerapatan
i. Jarang-jarang
Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima
Pada huruf J, G, Y, Z Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam
Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

***Rumusan Tulisan mencerminkan peribadi dan kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup***